Saturday, March 14, 2009

Sambungan Komputer ke TV

Dalam ruangan Lakukan Sendiri (Komputer dan Alatan AV). Saya ingin berkongsi apa yang kami telah lakukan di Pra Sekolah SK Subang sejak tahun 2002.
Dengan Alatan TV bersaiz 29 inci, saya rasakan sudah memadai untuk murid 25 orang
untuk melihat paparan alat bantuan mengajar dari CD program "Courseware" yang dibekalkan kepada kita. Paparan amat jelas dan tidak berkelip-kelip jika menggunakan input ke TV kabel video jenis S-Video iaitu input yang terdapat di belakang TV 29" yang dibekalkan, berlainan dengan kabel jenis RCA yang biasanya dikodkan berwarna kuning. Untuk Audio pula, Audio-out Pc disambung menggunakan stereo audio jack di PC dand RCA merah/putih pula ke TV.
Konsep ini tidak terpakai lagi jika nanti kita dibekalkan dengan TV LCD 42" ataupun 32". Adalah digalakan kerana TV jenis ini tidak menghasilkan pancaran radiasi dari Tiub Gambar Hampagas yang boleh menghakis retina/kanta mata.

Ada 2 Cara:

1. Cara yang mudah tetapi tidak kemas keadaannya kerana ada tambahan alatan luar
seperti yang dikongsi bersama oleh http://prasekolahpetalingperdana.blogspot.com/

2. Cara ini digunakan oleh saya, iaitu memasang VGA card baru yang mempunyai
VGA/RCA/S-Video , VGA Card ini dipasang pada slot AGP didalam papan utama
komputer , pastikan anda install drivernya dan control centre softwarenya
VGA sedia ada(yg lama) adalah dari onboard VGA, jadi memoriya berkongsi dengan
komputer itu, setelah dipasang VGA card baru, RAM komputer 256M dapat
digunakan sepenuhnya oleh Window's XP.
Setelah dipasang anda boleh memilih samada Klon atau Pendua di panel kawalan
(control centre software) . Jika Klon , apa yang dipaparkan di monitor , itulah
yang akan dipaparkan ke TV 29". Jika Pendua (monitor ke2) , anda boleh melakukan
kerja2 lain seperti menyediakan software lain utk dipaparkan atau menaip kerja
anda dlm mircosoft word, tetapi pada skrin TV tidak dipaparkan.
Senangnya cara ini,ialah ianya tetap sebuah PC.
Harga nya, semurah VGA card, lagi mahal VGA card (memori tinggi) selagi laju dan
cantik grafik paparannya.

No comments:

Post a Comment